Monday, January 23, 2012

KERJA BUKAN KERANA PANGKAT


Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada organisasi. Selain itu, kita juga perlu menilai dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik.

Setiap perkara yang dibuat, sudah tentu akan ada ganjaran sama ada ganjaran sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat. Kesemua ganjaran itu selalu melingkari pemikiran kita yang tidak terbatas sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugasan itu.