Tuesday, March 30, 2010

INTEGRITI : Peningkatan Kualiti Organisasi



Buku penulisan ini diterbitkan oleh Utusan publication. Buku ini memfokuskan aspek TQM berdasarkan konsep TQM dimensi kemanusiaan yang melihat kepada dimensi tingkah laku atau sosial yang terdapat dalam setiap organisasi. Penulis memulakan perbincangan dengan mengetengahkan pelbagai definisi, elemen dan teori yang berkisar tentang integriti. Seterusnya, kupasan secara detil menjurusa kepada elemen-elemen TQM dimensi kemanusiaan yang terdiri dripada pembentukan visi, misis dan matlmat, kepemimpinan, latihan, budaya, pembentukan pasukan, komunikasi dan pengiktirafan. Setiap topik dan subtopik yang dikemukakan turut didukung dengan model teori dan hujah para cendekiawan.



Bagi mempertingkatkan kualiti dan integriti organisasi, penulis menyertakan dua instrumen kajian iaitu "Instrumen Budaya Kerja Beretika( mengukur jenisa budaya kerja sesebuah organisasi)" dn "Instrumen Iklim Proses Organisasi ( mengukur dan mejelaskan empat jenis iklim organisasi dalam 17 dimensi iklim)". Kesemua aspek yang dikemukakan diyakini dapatmempertingkatkan kualiti dan integriti sesebuah organisasi selaras dengan keperluan masa kini. TQM membentuk tradisi kerja yang anjal, semangat kerja berpasukan, persekitaran organisasi berteraskan persetujuan bersama dan pembentukan nilai kercayaan yang tinggi. Justeru, TQM merupakan model kepada disiplin pengurusan yang berteraskan nilai kemanusiaan daripada hubungan sosial yang mentap.

No comments: