Friday, June 20, 2008

Kualiti Hidup

Kualiti hidup ialah idea mengenai kesempurnaan hidup. Definisi kualiti hidup mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah ‘keadaan hidup yang muncul akibat interaksi antara faktor-faktor ekonomi, sosial, kemasyarakatan, fizikal dan alam sekitar yang mempengaruhi pembangunan masyarakat dan kehidupan manusia’. Laporan ‘Kualiti Hidup Malaysia’ yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri pula mentakrifkan ‘kualiti hidup’ dengan cara yang lebih khusus iaitu sebagai ‘merangkumi kemajuan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan untuk memperoleh pengetahuan, taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara’. Konsep dan definisi yang diberi ini mempunyai dua dimensi kualiti hidup iaitu dimensi objektif dan dimensi subjektif. Konsep kualiti hidup yang subjektif adalah berkaitan dengan perasaan puas hati individu dengan keadaan-keadaan tertentu yang berkaitan dengan faktor yang menyentuh kehidupannya. Konsep kualiti hidup yang objektif pula bermakna pencapaian satu tahap tertentu keperluan hidup dari segi ekonomi, sosial, kemasyarakatan, fizikal, alam sekitar dan lain-lain.

Wednesday, June 11, 2008

Budaya Mencari Ilmu

Ilmu adalah antara wadah terpenting dan amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup tidak kira sama ada di dunia mahupun akhirat. Oleh itu, Islam amat menitikberatkan mengenai pendidikan umat Islam. Al-Quran diturunkan dengan misi pendidikan yang amat jelas di mana ayat pertama yang disampaikan kepada Rasullah melalui Jibrail ialah surah ‘Iqra’ ayat 1-5 yang bermaksud ‘Bacalah’. Ini jelas membuktikan bahawa membaca merupakan kunci kepada semua pintu-pintu kejayaan dan kebahagiaan. Sikap membaca haruslah dijadikan sebagai amalan dan budaya harian bagi menambah ilmu pengetahuan. Tahap amalan membaca di kalangan rakyat negara ini walaupun semakin meningkat, masih berada pada tahap yang rendah. Laporan kualiti hidup Malaysia yang diterbitkan oleh Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri mendapati, kadar literasi pada 2002 adalah 93.8 peratus, tetapi rakyat Malaysia cuma membaca purata dua judul buku setahun. Alasan tidak membaca ialah tidak berminat, tidak mempunyai masa lapang dan harga buku kian mahal. Kajian terhadap aktiviti kanak-kanak 5 hingga 9 tahun pula menunjukkan 33 peratus masa mereka diluangkan untuk bermain dengan rakan sebaya, 31 peratus menonton televisyen dan video manakala cuma 19 peratus membaca. Lebih menyayat hati lagi, apa yang mereka baca ialah 41 peratus komik, 26 peratus buku dan hanyalah 16 peratus majalah ilmiah dan akhbar.

Monday, June 9, 2008

Konsep Belajar Bagaimana Untuk Belajar

Konsep belajar bagaimana untuk belajar (learn -how - to- learn) adalah ciri-ciri pembelajaran aktif dan boleh didefinisikan sebagai proses bagi menimba pengetahuan dan kemahiran dalam apa jua situasi yang dihadapi oleh seseorang individu. Anjakan ke arah konsep belajar bagaimana untuk belajar perlu menjadi tujuan utama pendidikan di mana kedua-dua pendidik dan pelajar boleh menjadi rakan kongsi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar yang dapat bertahan dalam menghadapi perubahan dan menjadi pelajar yang belajar sepanjang hayat. Konsep belajar bagaimana untuk belajar ini membolehkan seseorang individu untuk berinteraksi dengan idea, konsep dan fenomena yang boleh meningkatkan kemahiran membaca, menulis, mendengar, bertutur dan menggunakan peralatan dan bahan individu tersebut. Ia adalah belajar melalui melakukannya. Pepatah Inggeris ada menyebut ‘Saya dengar, saya lupa; saya lihat, saya ingat; dan saya buat,saya faham’. Pendidikan sepanjang hayat menghapuskan sempadan serta batasan di antara pendidikan formal, tidak formal dan non formal yang memberi peluang memahami pemikir yang berpendidikan dan tidak berpendidikan.

Saturday, June 7, 2008

Everything I need to know about life


Everything I need to know about life, I learned from Noah's Ark One: Don't miss the boat. Two : Remember that we are all in the same boat. Three : Plan ahead. It wasn't raining when Noah built the Ark. Four : Stay fit When you're 600 years old, someone may ask you to do something really big. Five : Don't listen to critics; just get on with the job that needs to be done. Six : Build your future on high ground. Seven : For safety's sake, travel in pairs. Eight: Speed isn't always an advantage. The snails were on board with the cheetahs Nine : When you're stressed, float a while. Ten : Remember, the Ark was built by amateurs; the Titanic by professionals. Eleven : No matter the storm, when you are with God, there's always a rainbow waiting.



MY PRAYERS HAS BEEN ANSWERED

I asked for strength
and Allah gave me
difficulties to make me strong,

I asked for wisdom
and Allah gave me
problem to solve,

I asked for prosperity
and Allah gave me
brain and brawn to work,

I asked for courage
and Allah gave me
danger to overcome,

I asked for love
and Allah gave me
troubled people to help,

I asked for favours
and Allah gave me opportunity

I received nothing I wanted
I received everything I needed

RESIPI KEJAYAAN

Bahan-bahannya:
· 250 gm Daya usaha
· 100 gm Kesabaran
· 100 gm Keimanan
· 190 gm Keinsafan
· 150 gm Pengorbanan
· 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
· 8 sudu teh rasa tanggungjawab
· 200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

Proses pendidikan berlaku sepanjang hayat, bermula dari saat seseorang itu dilahirkan sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Pendidikan, pembelajaran dan pengajaran adalah tiga unsur yang saling berkait antara satu sama lain dan seiringan. Tiga unsur ini menjelma dalam aneka corak, bentuk dan kaedah yang meliputi segala bidang dan aspek kehidupan manusia dan proses interaksinya dengan alam dan Pencipta.

Konsep pendidikan sepanjang hayat masih mentah di negara ini kerana sejak sekian lama, kita diterapkan dengan prinsip belajar semata-mata untuk mendapat pekerjaan sehingga bersara. Anggapan pendidikan hanya untuk mendapatkan kerjaya dengan sendirinya telah menyempitkan ilmu pendidikan semata-mata untuk keperluan semasa iaitu untuk memenuhi kehendak-kehendak sektor perniagaan, swasta dan korporat. Ilmu yang ditimba akan bersifat terlalu khusus. Setelah mendapat kerja yang diingini, keinginan seseorang individu untuk belajar dan membina budaya ilmu mungkin akan terbantut. Namun begitu, ekoran daripada perkembangan teknologi dan perubahan persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi menjadi keutamaan, konsep pendidikan sepanjang hayat perlu diberi penekanan dalam pembangunan negara dan tidak seharusnya dipandang secara semberono. Contoh yang paling nyata adalah e-dagang yang di perkenalkan pada tahun 1990an, telah membuka lembaran lipatan baru kepada kita. Hal ini kerana, kita bukan sahaja berpeluang membeli-belah, malahan dapat mengiklan, memasar dan memesan barangan atau keperluan yang diingini tanpa membazir masa, tenaga, ruang dan wang. Secara tidak langsung, kualiti kehidupan manusia terjamin.